Rabu, 10 Februari 2021

DAH LINDUNG GAJI / PENDAPATAN BELUM?

Kita bekerja atau berniaga tak lain tak bukan untuk mendapatkan gaji atau pendapatan. Dengan gaji atau pendapatan hasil daripada pekerjaan atau pendapatan itu lah digunakan untuk perbelanjaan isi rumah, pembayaran hutang dan sebagainya. Pernah terfikir tak andai tak boleh lagi bekerja atau berniaga?

Bencana kewangan (financial disaster) akan terjadi dalam kehidupan seseorang jika berlaku salah satu daripada perkara berikut:

  • Kematian (Death)
  • Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (Total Permanent Disability)
  • Penyakit kritikal (Critical Illness)

Jika berlaku kematian, hilang upaya kekal menyeluruh atau penyakit kritikal secara tak langsung gaji atau pendapatan pun akan turut sama terhenti.

Jika selama ini hanya suami sahaja yang bekerja atau berniaga, bencana kewangan akan terjadi bila suami sudah tiada. Jika berlaku kematian misalnya, isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu juga meneruskan kehidupan. Segala perbelanjaan isi rumah, pembayaran hutang dan sebagainya siapa yang nak tanggung bila suami sudah tiada?

Jika berlaku hilang upaya kekal menyeluruh atau penyakit kritikal, secara langsung tak dapat lagi nak bekerja atau berniaga. Segala perbelanjaan isi rumah, pembayaran hutang dan sebagainya siapa nak tanggung bila tiada gaji atau pendapatan?

Di sini peranannya perlindungan kewangan. Takaful berperanan sebagai pelan perlindungan gaji (income protection plan) atau pelan penggantian gaji (income replacement plan).

Ada dua cara untuk merancang pelan perlindungan gaji atau pelan penggantian gaji.

  • Cara Pencairan Modal (Capital Liquidation Method)
  • Cara Pengekalan Modal (Capital Intact Method/Capital Conservation Method)

Cara Pencairan Modal (Capital Liquidation Method)

Melalui cara pencairan modal ni dapat melindungi gaji atau pendapatan untuk tempoh 10 tahun.

Contoh

Andaikan gaji atau pendapatan sebulan adalah RM 5,000. Maka jumlah pampasan perlindungan yang diperlukan adalah RM 600,000.

Gaji sebulan = RM 5,000
Gaji setahun = RM 60,000

Formula:

Gaji @ Pendapatan setahun x n tahun

RM 60,000 x 10 tahun = RM 600,000

Jumlah pampasan perlindungan RM 600,000 dapat melindungi gaji atau pendapatan untuk tempoh 10 tahun sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh.

Formula:
 
Pampasan perlindungan/n tahun
 
RM 600,000/10 tahun = RM 60,000

Tahun 1 = RM 60,000
Tahun 2 = RM 60,000
Tahun 3 = RM 60,000
Tahun 4 = RM 60,000
Tahun 5 = RM 60,000
Tahun 6 = RM 60,000
Tahun 7 = RM 60,000
Tahun 8 = RM 60,000
Tahun 9 = RM 60,000
Tahun 10 = RM 60,000

Kaedah cara pencairan modal ni juga digunakan untuk kes-kes penyakit kritikal, dengan jumlah pampasan perlindungan untuk tempoh 3 hingga 5 tahun.

Contoh

Andaikan gaji atau pendapatan sebulan adalah RM 5,000. Maka jumlah pampasan perlindungan yang diperlukan adalah antara RM 180,000 hingga RM 300,000.

Gaji sebulan = RM 5,000
Gaji setahun = RM 60,000

Formula:

Gaji @ pendapatan setahun x n tahun

RM 60,000 x 3 tahun = RM 180,000

Jumlah pampasan perlindungan RM 180,000 dapat melindungi gaji atau pendapatan untuk tempoh 3 tahun sekiranya berlaku kes-kes penyakit kritikal.

RM 60,000 x 5 tahun = RM 300,000

Jumlah pampasan perlindungan RM 300,000 dapat melindungi gaji atau pendapatan untuk tempoh 5 tahun sekiranya berlaku kes-kes penyakit kritikal.

Formula:

Pampasan perlindungan/n tahun

RM 180,000/3 tahun = RM 60,000

Tahun 1 = RM 60,000
Tahun 2 = RM 60,000
Tahun 3 = RM 60,000

RM 300,000/5 tahun = RM 60,000

Tahun 1 = RM 60,000
Tahun 2 = RM 60,000
Tahun 3 = RM 60,000
Tahun 4 = RM 60,000
Tahun 5 = RM 60,000

Cara Pengekalan Modal (Capital Intact Method/Capital Conservation Method)

Melalui cara pengekalan modal dapat menggantikan gaji atau pendapatan secara berterusan.

Contoh

Andaikan gaji atau pendapatan sebulan adalah RM 5,000. Maka jumlah pampasan perlindungan yang diperlukan adalah RM 1,060,000.

Gaji sebulan = RM 5,000
Gaji setahun = RM 60,000

Formula:

(Gaji @ pendapatan setahun/6%) + Gaji @ pendapatan setahun

(RM 60,000/6%) + RM 60,000
RM 1,000,000 + RM 60,000 = RM 1,060,000

Jumlah pampasan perlindungan RM 60,000 dapat menggantikan gaji atau pendapatan untuk tahun pertama sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh.

Baki jumlah pampasan perlindungan RM 1,000,000 dapat menggantikan gaji atau pendapatan secara berterusan jika di simpan atau di laburkan ke Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji (TH) yang berpotensi memberikan anggaran purata kadar pulangan setahun 6%.

Formula:

Baki pampasan perlindungan x 6%

RM 1,000,000 x 6% = RM 60,000

3 fungsi utama takaful:

  • Perlindungan Pendapatan (Income Protection)
  • Pengekalan Aset (Asset Preservation)
  • Penyelesaian Hutang (Debt Settlement)

Perlindungan Pendapatan

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, pampasan takaful dapat digunakan jika gaji atau pendapatan telah tiada.

Pengekalan Aset

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, tidak perlu untuk cairkan aset-aset yang sedia ada.

Penyelesaian Hutang

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, pampasan takaful dapat digunakan untuk langsaikan segala hutang-hutang yang sedia ada.

Hanya 10% caruman ke tabung takaful akan melindungi 90% gaji atau pendapatan sekiranya berlaku sesuatu musibah.

Takaful ni hanya perlu mencarum apa yang perlu sahaja. Jangan mencarum melebihi 10% daripada gaji atau pendapatan.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan