Dah ada medical card?
Pakai medical card jenis apa?
Ada dua jenis medical card atau kad perubatan dekat pasaran.
- Medical Card Rider
- Medical Card Standalone
Ada beza ke?
Ya, ada beza.
Medical Card Rider
Medical card rider ni di ambil bersama pelan asas (basic plan).
Kelebihan
- Ada manfaat kematian (death) dan hilang upaya kekal menyeluruh (total permanent disability).
- Boleh diambil bersama manfaat perlindungan lain seperti penyakit kritikal (critical illness), kemalangan (accident) dan lain-lain.
- Ada nilai tunai (cash value).
- Medical card tidak akan tamat dengan mudah jika terlepas pandang terlewat membayar caruman selagi nilai tunai masih ada.
Kekurangan
- Harga caruman sedikit mahal berbanding dengan medical card standalone.
- Medical card akan tamat jika pelan asas tamat.
Medical Card Standalone
Medical card standalone tidak perlu di ambil bersama pelan asas.
Kelebihan
- Harga caruman sedikit murah berbanding dengan medical card rider.
- Boleh diambil berasingan.
Kekurangan
- Tiada manfaat kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh.
- Tidak boleh diambil bersama manfaat perlindungan lain seperti penyakit kritikal, kemalangan dan lain-lain.
- Tiada nilai tunai.
- Medical card akan tamat dengan mudah jika terlepas pandang terlewat membayar caruman.
Medical card ni hanya sekadar alat untuk membayar bil-bil hospital sahaja sebenarnya.
Jika mampu sangat disarankan untuk ambil medical card ni. Kos perubatan di negara Malaysia pun semakin meningkat sekarang ni.
Jika tak mampu ambil pelan perlindungan gaji atau pendapatan dulu. Lindung gaji atau pendapatan tu dulu sebelum ambil medical card.
3 fungsi utama takaful:
- Perlindungan Pendapatan (Income Protection)
- Pengekalan Aset (Asset Preservation)
- Penyelesaian Hutang (Debt Settlement)
Perlindungan Pendapatan
Sekiranya berlaku sesuatu musibah, pampasan takaful dapat digunakan jika gaji atau pendapatan telah tiada.
Pengekalan Aset
Sekiranya berlaku sesuatu musibah, tidak perlu untuk cairkan aset-aset yang sedia ada.
Penyelesaian Hutang
Sekiranya berlaku sesuatu musibah, pampasan takaful dapat digunakan untuk langsaikan segala hutang-hutang yang sedia ada.
Hanya 10% caruman ke tabung takaful akan melindungi 90% gaji atau pendapatan sekiranya berlaku sesuatu musibah.
Takaful ni hanya perlu mencarum apa yang perlu sahaja. Jangan mencarum melebihi 10% daripada gaji atau pendapatan.
Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan