Rabu, 10 Mac 2021

PERBEZAAN ANTARA SIMPANAN DAN PELABURAN

Sebelum merancang nak melabur buat simpanan dulu.

Ada beza ke?

Ya ada beza.

Instrumen simpanan mestilah ada ciri-ciri berikut:

  • Tiada caj
  • Tiada risiko
  • Mudah cair

Setiap pelaburan mestilah ada perkara berikut:

  • Ada kos
  • Ada risiko

Tujuan buat simpanan supaya ada back up sekiranya berlakunya sesuatu musibah yang tak diingini seperti dibuang kerja, kenderaan rosak, paip rumah bocor dan lain-lain kes kecemasan yang tak dingini berlaku.

Bagi yang bekerja makan gaji, buat simpanan sekurang-kurangnya untuk tempoh 3 hingga 6 bulan gaji.

Bagi yang bekerja sendiri atau berniaga, buat simpanan sekurang-kurangnya untuk tempoh 12 bulan pendapatan.

Setelah dah cukup simpanan, boleh mula merancang untuk melabur pula. Dekat mana nak melabur? Untuk permulaan boleh pilih pelaburan tunai seperti saham atau unit trust dulu. Keuntungan daripada pelaburan tunai boleh dijadikan modal untuk pelaburan hartanah pula.

Pelaburan yang terbaik mempunyai ciri berikut:

  • Peningkatan Nilai Modal (Capital Appreciation)
  • Pengagihan Pendapatan (Income Distribution)

Peningkatan Nilai Modal

Pulangan dalam bentuk peningkatan modal seperti kenaikan nilai saham atau unit trust, kenaikan harga emas dan kenaikan harga rumah.

Pengagihan Pendapatan

Pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan seperti dividen saham atau unit trust dan sewa rumah.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan