Rabu, 24 Mac 2021

PANDUAN PELABURAN UNIT TRUST

Apakah itu unit trust?


Unit trust ni adalah suatu bentuk pelaburan terkumpul di mana pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama melaburkan duit dalam satu dana yang diuruskan oleh syarikat pengurusan unit trust.

Setiap dana akan dilaburkan ke pelbagai portfolio dan aset lain yang akan diuruskan oleh pengurus dana profesional.


Kelebihan melabur unit trust

1. Kepelbagaian

Melabur dalam pelbagai saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Melabur dalam pelbagai sektor.

2. Cara mudah untuk membeli dan menjual

Mudah tunai.
Mudah dijual selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari.

3. Pengurusan profesional

Portfolio pelaburan akan diuruskan oleh sekumpulan pengurus dana profesional.

4. Modal pelaburan

Modal rendah.
Minimum pelaburan RM 1,000 cara sekaligus (lump sum).
Ada juga UTMC yang modal untuk melabur minimum RM 500 atau RM 100 sahaja.
UTMC adalah singkatan kepada Unit Trust Management Company


Kekurangan melabur unit trust

1. Risiko

Setiap pelaburan ada risiko termasuk unit trust.

2. Kehilangan kawalan

Pelabur tiada hak untuk menentukan bagaimana pelaburan mereka dilaburkan.
Portfolio pelaburan pelabur diuruskan oleh pengurus dana profesional.

3. Yuran dan bayaran

Ada caj yang dikenakan bila memilih untuk melabur dalam unit trust.

4. Kos melepas

Pelabur mungkin terlepas peluang melabur ke tempat lain.


Jenis-jenis dana unit trust

1. Dana Ekuiti

Sebahagian besar daripada pelaburan akan dilaburkan dalam saham tersenarai.
Prestasi dana bergantung kepada naik turun prestasi saham.
Ada pelbagai jenis dana bergantung kepada corak pelaburan dan sektor.
Sifat dana berisiko tinggi hingga sangat berisiko tinggi.
Purata pulangan tahunan antara 8% hingga 10% bergantung kepada jenis dana yang dipilih.
Berisiko juga mendapat pulangan negatif.

2. Dana Aset Campuran/Seimbang

Dana ni adalah gabungan antara dana ekuiti dan dana bon/sukuk/pendapatan tetap/pasaran wang.
Risiko lebih rendah berbanding melabur dalam dana kategori ekuiti.
Sifat dana berisiko sederhana hingga berisiko tinggi.
Purata pulangan tahunan antara 6% hingga 8% bergantung kepada jenis dana yang dipilih.
Berisiko juga mendapat pulangan negatif.

3. Dana Bon/Sukuk/Pendapatan Tetap

Dana ni dilaburkan dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia, bon korporat dan instrumen hutang.
Sifat dana berisiko rendah hingga berisiko sederhana.
Purata pulangan tahunan antara 4% hingga 6% bergantung kepada jenis dana yang dipilih.

4. Dana Pasaran Wang

Dana ni melabur dalam pelaburan yang berisiko rendah tapi mempunyai kecairan yang tinggi.
Sifat dana sangat berisiko rendah hingga beriko rendah.
Purata pulangan tahunan antara 2% hingga 3% bergantung kepada jenis dana yang dipilih.


Bagaimanakah cara nak melabur dalam unit trust?

Ada 3 cara nak melabur dalam unit trust.

1. Melabur cara sekaligus (lump sum)

Minimum pelaburan RM 1,000.
Ada juga UTMC yang modal untuk melabur minimum RM 500 atau RM 100 sahaja.
Setiap UTMC berbeza amaun minimum untuk melabur.

2. Melabur cara simpanan berkala (regular saving)

Melabur secara bulanan melalui potongan autodebit minimum RM 100.
Setiap UTMC berbeza amaun minimum untuk melabur.

3. Melabur melalui akaun 1 KWSP/EPF

Melabur setiap 3 bulan. Minimum pelaburan RM 1,000. Ada syarat-syarat tertentu.


Sekarang ni ada lebih 30 senarai syarikat pengurusan unit trust di Malaysia. Boleh layari laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Securities Commission Malaysia) di https://sc.com.my


Pelaburan yang terbaik mempunyai ciri berikut:

  • Peningkatan Nilai Modal (Capital Appreciation)
  • Pengagihan Pendapatan (Income Distribution)

Peningkatan Nilai Modal

Pulangan dalam bentuk peningkatan modal seperti kenaikan nilai saham atau unit trust, kenaikan harga emas dan kenaikan harga rumah.

Pengagihan Pendapatan

Pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan seperti dividen saham atau unit trust dan sewa rumah.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan