Rabu, 3 Februari 2021

DAH RANCANG LINDUNG GAJI / PENDAPATAN?

Dah ada takaful?

Kalau ada Alhamdulillah.

Belum ada?

Kenapa?

Tak percaya dengan takaful? Tak ada bajet? Rasa tak perlu pun takaful ni?

Dalam perancangan kewangan fungi takaful adalah untuk melindungi kewangan.

Kita tak pasti sepanjang kita hidup ni apa yang akan berlaku bukan?

Boleh jamin kita tak akan sakit langsung sampai akhir hayat?

Boleh ramal bila akan berlaku sesuatu musibah?

Bencana kewangan (financial disaster) akan terjadi dalam kehidupan sesorang jika berlaku salah satu daripada perkara berikut:

  • Kematian (Death)
  • Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (Total Permanent Disability)
  • Penyakit Kritikal (Critical Illness)

Jika berlaku kematian, hilang upaya kekal menyeluruh atau penyakit kritikal secara tak langsung gaji atau pendapatan pun akan terhenti. 

Jika selama ini hanya suami sahaja yang menanggung segala perbelanjaan, bencana kewangan akan terjadi bila suami sudah tiada. Jika berlaku kematian misalnya, isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu juga meneruskan kehidupan. Segala perbelanjaan siapa nak tanggung bila suami sudah tiada?

Jika berlaku hilang upaya kekal menyeluruh atau penyakit kritikal, secara langsung tak dapat lagi meneruskan pekerjaan. Segala perbelanjaan siapa nak tanggung bila tiada gaji atau pendapatan?

Saranan, daripada 100% gaji atau pendapatan yang kita dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  • 30% Perbelanjaan isi rumah
  • 30% Pembayaran hutang
  • 30% Lebihan
  • 5% Pemberian
  • 5% Lain-lain

30% lebihan daripada gaji atau pendapatan kita dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  • 10% Simpanan
  • 10% Perlindungan
  • 10% Pelaburan
Contoh

Pendapatan bersih RM 5,000 sebulan.

Perbelanjaan isi rumah RM 1,500 sebulan
Pembayaran hutang RM 1,500 sebulan
Simpanan RM 500 sebulan
Perlindungan RM 500 sebulan
Pelaburan RM 500 sebulan
Pemberian RM 250 sebulan
Lain-lain RM 250 sebulan

3 fungsi utama takaful:

  • Perlindungan Pendapatan (Income Protection)
  • Pengekalan Aset (Asset Preservation)
  • Penyelesaian Hutang (Debt Settlement)
Perlindungan Pendapatan

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, pampasan takaful dapat digunakan jika gaji atau pendapatan telah tiada.

Pengekalan Aset

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, tidak perlu untuk cairkan aset-aset yang sedia ada.

Penyelesaian Hutang

Sekiranya berlaku sesuatu musibah, pampasan takaful dapat digunakan untuk langsaikan segala hutang-hutang yang sedia ada.

Hanya 10% caruman ke tabung takaful akan melindungi 90% gaji atau pendapatan sekiranya berlaku sesuatu musibah.

Takaful ni hanya perlu mencarum apa yang perlu sahaja. Jangan mencarum melebihi 10% daripada gaji atau pendapatan.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan