Rabu, 3 Mac 2021

DEKAT MANA NAK MULAKAN PELABURAN PERTAMA?

Dah ada simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk 3 atau 6 bulan gaji?

Kalau dah ada Alhamdulillah.

Dah ada pelan untuk lindung gaji atau pendapatan?

Kalau dah ada Alhamdulillah.

Dalam pengurusan kewangan sebelum nak melabur dekat mana-mana instrumen sila pastikan aliran tunai (cashflow) adalah positif.

Macam mana nak kira?

Formula Aliran Tunai (Cashflow):

Gaji/Pendapatan - Perbelanjaan = Baki/Lebihan

Kira tengok aliran tunai positif atau negatif?

Jika baki atau lebihan adalah negatif, ini bermakna telah berbelanja melebihi pendapatan. Pilihan yang ada sama ada kena kurangkan perbelanjaan atau tambah pendapatan supaya baki atau lebihan aliran tunai menjadi positif. Mana lagi mudah? Kurangkan belanja? Tambah pendapatan?

Jika baki atau lebihan adalah positif, dah boleh merancang untuk melabur dekat mana-mana instrumen. Tapi jangan terus melabur selagi tidak merancang simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk 3 atau 6 bulan gaji dan pelan perlindungan gaji.

Nak mudah, daripada 100% gaji atau pendapatan yang kita dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  • 30% Perbelanjaan Isi Rumah
  • 30% Pembayaran Hutang
  • 30% Lebihan
  • 5% Pemberian
  • 5% Lain-lain

30% lebihan daripada gaji atau pendapatan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

  • 10% Simpanan
  • 10% Perlindungan
  • 10% Pelaburan

Contoh

Gaji atau pendapatan bersih RM 5,000 sebulan.

Perbelanjaan isi rumah RM 1,500 sebulan
Pembayaran hutang RM 1,500 sebulan
Simpanan RM 500 sebulan
Perlindugan RM 500 sebulan
Pelaburan RM 500 sebulan
Pemberian RM 250 sebulan
Lain-lain RM 250 sebulan

Boleh juga mulakan dengan gabungkan 10% simpanan dan 10% pelaburan menjadi 20% simpanan daripada gaji atau pendapatan supaya matlamat untuk cipta tabung simpanan kecemasan tercapai lebih cepat. Jangan mula melabur selagi matlamat simpanan kecemasan belum tercapai.

Setelah tercapai matlamat simpanan kecemasan, peruntukkan 20% untuk simpanan tadi boleh dijadikan peruntukkan untuk pelaburan pula. Dekat mana nak melabur? Untuk permulaan boleh pilih pelaburan tunai seperti saham atau unit trust dulu. Keuntungan daripada pelaburan tunai boleh dijadikan modal untuk pelaburan hartanah pula.

Pelaburan yang terbaik mempunyai ciri berikut:

  • Peningkatan Nilai Modal (Capital Appreciation)
  • Pengagihan Pendapatan (Income Distribution)

Peningkatan Nilai Modal

Pulangan dalam bentuk peningkatan modal seperti kenaikan nilai saham atau unit trust, kenaikan harga emas dan kenaikan harga rumah.

Pengagihan Pendapatan

Pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan seperti dividen saham atau unit trust dan sewa rumah.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan