Ahad, 7 Februari 2021

THE KING OF FIGHTERS '94

The King of Fighters '94 (KOF '94) adalah permainan pertempuran yang dikeluarkan oleh SNK untuk sistem arcade Neo Geo pada tahun 1994, sebagai yang pertama dalam siri The King of Fighters. 

Merupakan crossover yang menampilkan watak-watak daripada permainan pertempuran SNK, Fatal Fury dan Art of Fighting termasuk watak-watak daripada permainan pra-Neo Geo, Ikari Warriors dan Psycho Soldier.


KOF '94 memaparkan plot penciptaan kejohanan King of Fighters baru yang dibuat oleh penjenayah Rugal Bernstein. Mempunyai lapan pasukan tiga pejuang yang berasal dari permainan SNK lain, seperti Team Italy yang terdiri daripada tiga pemain pejuang dari Fatal Fury yang asli iaitu Terry Bogard, Andy Bogard dan Joe Higashi.

Duo terkemuka dari Art of Fighting iaitu Ryo Sakazaki dan Robert Garcia bersama dengan sensei mereka dan bapa Ryo Sakazaki iaitu Takuma Sakazaki membentuk Team Mexico.

Team Brazil terdiri daripada watak Ikari Warriors iaitu Ralf Jones dan Clark Still serta pegawai komando mereka iaitu Heidern.

Dua wira dari Psycho Soldier iaitu Athena Asamiya dan Sie Kensou membentuk Team China bersama dengan sifu mereka iaitu Chin Gentsai.

Team England adalah pasukan pejuang wanita dari Fatal Fury 2 Mai Shiranui dan siri Art of Fighting iaitu Yuri Sakazaki dan King.

Team Korea termasuk Kim Kaphwan dari Fatal Fury 2 serta dua banduan yang dia cuba reformasi iaitu Chang Koehan dan Choi Bounge.

KOF '94 juga menampilkan dua pasukan yang terdiri sepenuhnya dari watak asli iaitu Team Japan dan Team USA. Team Japan yang anggotanya adalah Kyo Kusanagi, Benimaru Nikaido dan Goro Daimon. Manakala Team USA terdiri daripada Heavy D!, Lucky Glauber dan Brian Battler.


Nak main? Klik 👇

Arcade


Sumber: RetroGames


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan