Air terjun dan jeram adalah salah satu port kegemaran saya semenjak kecil lagi. Air yang sejuk dengan bunyi deruan derus jatuh dari satu batu ke batu yang lain berserta keadaan yang redup dikelilingi pokok-pokok besar amat menenangkan bagi saya.
Teringat satu kisah 13 tahun lepas, semasa masih bertugas di Sabah. Masa itu kami baru punya 2 anak, yang sulung berusia 2 tahun dan si adik berusia 2 bulan. Turut sama, ibu mentua yang kebetulan bersama kami di Sabah ketika itu.
Bersama kami ialah 3 orang kawan sepejabat yang masih bujang. Kami berkelah di satu lokasi air terjun yang tidak berapa jauh dari kediaman kami.
Berbekalkan beberapa ekor ikan, udang dan ketam yang telah diperap serta peralatan membakar maka bolehlah dikatakan perkelahan kami ni cukup syarat.
Sesampai sahaja di kaki air terjun, sudah kelihatan air yang jernih, dengan dasarnya kelihatan bermakna air tidak berapa dalam. Di tebing air terjun tanahnya mendatar dan sesuai untuk aktiviti 'membakar'.
Semasa kami tiba ada beberapa keluarga lain yang dah ada dekat situ. Ada yang tengah berenang-renang, berlari-lari dan gelak gembira.
Sebelum boleh kami 'terjun' ke dalam air jernih lagi cetek itu, aktiviti pertama perlu dilakukan ialah untuk nyalakan api bagi membolehkan aktiviti 'membakar' bermula.
Tengah-tengah 'setup' api, tiba-tiba bunyi riuh dekat kawasan budak-budak dan keluarga tadi bermain.
Terus kami bergegas ke sana. Seorang dewasa berpangkat ayah sempat menyauk leher anaknya berumur 6 tahun yang terjatuh dan panik dalam air yang tak berapa dalam itu.
Anak itu sempat lemas namun tindakan pantas ayahnya menyelamatkan anak tadi menyebabkan kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan.
Cuma sedikit ralat apabila anak yang telah diselamatkan tadi, diangkat dan dihempaskan ke pasir di tebing sungai beberapa kali oleh si ayah. Sambil menghempas si ayah berkata dengan nada marah "aku dah kata jangan suka sangat, jangan berlari-lari dekat air". Beberapa kali si ayah menghempaskan anaknya dengan marah, sehinggalah si ibu datang menyekat dan menolak si ayah ke tepi.
Si anak menangis-nangis kerana terkejut dan takut. Terkejut kerana lemas dan takut dengan tindakan si ayah. Marah dan terkejut si ayah menyebabkan dia bertindak di luar kawal. Selepas seketika si ayah datang balik dengan memeluk dan memohon maaf pada si anak.
Kami pun meneruskanlah perkelahan kami.
Sungguh kita adalah manusia, marah tu sering tiba tanpa dijangka. Tinggal lagi atas diri kita untuk mengawalnya terutama masa kemarahan tu ialah anak-anak kita. Marah kepada mereka memang kita aje yang menang namun yang tersirat dan terparut di hati mereka, sering kali kita terlepas pandang.
Isu amarah ni adalah antara perkara besar yang kita turut bincangkan dalam #ibuayah24jam.
Faedahnya ialah menjadi lebih rasional dalam bertindak. Agar amarah tindak menjadi benteng antara kita dan anak-anak menyebabkan terhalang untuk mereka mempercayai kita.
Faedahnya ialah mengelakkan berlakunya penyesalan selepas bertindak. Kita tak mahu penyesalan-penyesalan kecil menjadi penyesalan besar kelak. Kerana penyesalan tidak sesekali boleh menjadi penyelesaian.
Buku digital #ibuayah24jam boleh didapati di link di bawah.
Klik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan