Isnin, 15 Februari 2021

RASULULLAH SAW SURI TELADAN BAGI IBU AYAH

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21 bermaksud “Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan)”

Di dalam Surah Al-Anbiya’, ayat 107 bermaksud “Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”

Benar Rasullah SAW adalah suri teladan bukan hanya sebagai pemimpin ummah juga sebagai seorang ayah dan orang tua di dalam mendidik anak-anak.
 
Pernah Rasulullah SAW ketika bersama dengan para sahabat dan anak kecil bernama Al-Fadhl Bin Al-Abbas, baginda pada masa itu diberi minuman dan di sebelah kanannya ialah anak kecil tadi, manakala orang-orang dewasa berada di kiri baginda. Setelah selesai Rasulullah SAW bertanyakan anak kecil tadi sama ada boleh diberikan haknya (kerana berada di kanan) minum tadi kepada orang dewasa dahulu memandangkan yang dewasa berada di kiri baginda (kanan diutamakan sebelum kiri). Jawab si anak kecil tadi ialah ‘tidak’ kerana itu haknya. Rasulullah SAW akur dan memberikan hak si kecil tadi dan kemudian baru yang dewasa mengikutinya (sebagaimana dinukilkan di dalam Al-Bukhari dan Muslim daripada Sahal Bin Saad).

Pengkaji barat bernama Dornbusch, Ritter, Leiderman, Robert dan Fraleigh (1987) di dalam kajiannya bertajuk ‘The Relation of Parenting Style to Adolescent School Performance’ menyokong bahawa kaedah ‘authoritative parenting styles’ iaitu dengan kaedah memberi ruang kepada anak-anak memberi pendapat dan berbincang adalah lebih baik berbanding ‘authoritarian’ (diktator) dan ‘permissive’ (memberi kebenaran/membiarkan).

Benarlah Rasulullah SAW adalah suri teladan yang merangkumi setiap ruang. Sungguhpun tidak dinamakan sebagai ‘authoritative’ namun itulah yang dilakukan Baginda SAW.

Banyak lagi contoh-contoh lain pendidikan Rasulullah SAW dengan anak-anak yang dinukilkan di dalam naskah digital lebih 300+ muka surat buku digital full colour.

Mencontohi Rasulullah SAW di dalam pendidikan adalah sebaik-baik usaha.

Selamat berusaha kawan-kawan!

Klik link di bawah:



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan