Khamis, 25 Februari 2021

ORANG BIASA PUN BOLEH MELABUR DARI BURSA SAHAM?

Ramai orang yang berpandangan untuk dapat keuntungan dari pelaburan saham ini kena mula dengan jadi kaya raya terlebih dahulu. 

Selain itu juga, anda pasti biasa dengar pandangan orang di luar mengenai pelabur kena jadi pandai serba serbi dalam bab kewangan. Lalu semangat anda untuk menjadi pelabur luntur.

Mulakan pelaburan anda dengan mengasingkan minima 10% daripada pendapatan bulanan sebagai simpanan.

Simpanan tersebut anda boleh gunakan sebagai modal untuk melabur kelak. Ingat, rahsia paling utama menjadi kaya bukanlah dengan menyimpan, tetapi melabur!

Pada masa ini, akaun simpanan di bank biasanya memberi pulangan kurang dari 2%. Jika anda dibandingkan dengan purata kadar inflasi untuk 10 tahun yang bernilai 2.23%, wang simpanan anda rosot nilai jika hanya dengan menyimpan sahaja. Begitu juga dengan simpanan anda di Tabung Haji, pulangan dividen telah berkurangan dari 6.25% pada tahun 2017 sehingga kadar 1.25% pada tahun 2018 dan 3.05% di 2019!

Maka, orang biasa memerlukan tindakan luar biasa untuk melipatgandakan simpanan mereka demi masa hadapan yang lebih terjamin.

Sebenarnya, antara usaha luar biasa ini termasuklah melabur di pasaran saham dengan teknik yang betul. Pelaburan saham telah terbukti secara konsisten menjadi salah satu bentuk pelaburan yang paling menguntungkan dalam masa yang singkat.


Dapatkan ebook Trade What You See : Prequel oleh Serikandi Saham. Ebook ini sangat sesuai dijadikan panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin melabur dengan teknik yang betul. Sudah tentu, setiap pelaburan mempunyai risiko dan tertakluk kepada keadaan pasaran yang tidak menentu. Jadi, mula melabur dengan ilmu.

Ayuh, mula melabur dengan ilmu!





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan