Isnin, 29 Mac 2021

7 TIPS ANAK-ANAK BELAJAR DARI RUMAH

Selamat pagi semua, insya Allah #ibuayah24jam nak berkongsi beberapa tips pembelajaran anak-anak dari rumah:

  1. Mulakan dengan mewajibkan anak-anak bangun seawal mungkin untuk bersolat subuh, paling baik sekiranya ditunaikan secara jemaah.
  2. Pastikan anak-anak mandi pagi sebagaimana persediaan untuk ke sekolah juga.
  3. Bersiap sedia sebagaimana nak ke sekolah juga dan memastikan jadual dipatuhi.
  4. Ambil peluang berada di rumah untuk anak-anak menjadi muazzin/imam setiap kali masuk waktu agar solat dapat dilaksanakan tepat waktu dan secara jemaah.
  5. Elakkan daripada di ‘switch on’ televisyen sewaktu jadual persekolahan bagi mengelakkan melekat di TV waktu belajar.
  6. Pastikan penggunaan gajet untuk belajar dan di ruangan belajar serta tidak tersalah ke arah ‘game’ atau lain-lain yang tidak berkait dengan belajar.
  7. Pastikan anak-anak mengambil masa rehat di antara masa-masa mengadap gajet/komputer. Kalau boleh biar mereka memandang jauh/pokok-pokok hijau bagi setiap 20-30 minit.

Ingat masa pembelajaran di rumah tetap sama dengan masa pembelajaran di sekolah. Dan ingat juga pembelajaran perlukan fokus.

Jom berusaha.

Dapatkan e-book '24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik' #ibuayah24jam

Tulisan di atas dari Tips Parenting oleh Dr Mohd Izhar Ariff.

Beliau baru sahaja lancarkan naskhah digital panduan parenting berpandukan Kitab Tarbiyatul Awlad.

Klik:



 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan