Sebagai ibu ayah kita yakin yang kita bertindak adil dengan semua anak-anak. Jumlah kasih sayang yang sama, nafkah yang sama, tumpuan yang sama dan segala-galanya yang sama.
Bukan yang tua sering dimarah kerana banyaknya silap tapi mungkin kerana kita masih dalam proses belajar.
Bukan yang tengah selalu diharap kerana lebihnya diplomasi tapi mungkin kerana kita sudah mempunyai sedikit pemahaman.
Bukan yang bongsu selalu dimanjakan kerana ianya yang akhir tapi mungkin kerana kita sudah memperolehi kematangan.
Sungguh tidak sama namun kita tetap adil kerana kita merasa kita adil kerana kita berusaha untuk adil kerana keadilan bukan setakat equal atau sama.
Namun berhati-hati atas usaha keadilan kerana keadilan pada anak-anak bukan setakat berbuat adil tetapi perlu juga kelihatan dan dirasai adil oleh anak-anak.
Awas jangan disebut 'memang dari dalam perut lagi keistimewaan anak ini telah dirasai'.
Jom jadi ibu ayah yang adil.
Dapatkan e-book '24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik' #ibuayah24jam
Tulisan di atas dari Tips Parenting oleh Dr Mohd Izhar Ariff.
Beliau baru sahaja lancarkan naskhah digital panduan parenting berpandukan Kitab Tarbiyatul Awlad.
Klik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan