Kita kagum bila anak-anak dapat melakukan sesuatu perkara yang luar biasa, yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa. Kita kagum kerana kepandaian, kecerdasan dan ketangkasan yang dimiliki mereka kelihatan berada di luar skop kemampuan mereka.
Maka, kita sering membenarkan bahkan melatih anak-anak melakukan sesuatu perkara luar biasa kerana kita yakin bahawa anak-anak mempunyai potensi besar untuk bertindak. Potensi yang boleh dikembangkan melalui latihan demi latihan.
Namun kita jangan lupa bahawa melatih anak-anak untuk mematuhi peraturan adalah salah satu kaedah pengajaran yang penting. Ia satu tugasan penting ibu ayah di samping kita memberi peluang kepada anak-anak untuk mencuba perkara di luar kebiasaan mereka.
Keutamaan perlu diberikan di dalam usaha untuk anak-anak mematuhi peraturan dan undang-undang kerana ia diperuntukkan bagi menjaga kemaslahatan dan keselamatan kita dan umat keseluruhannya.
Ingat kepada beberapa perkara berikut:
- Janganlah disuruh anak-anak membeli rokok kerana ia tindakan tidak bertanggungjawab.
- Melatih anak-anak pandai memandu/menunggang kenderaan bermotor adalah kelihatan ‘cool’ namun sekiranya kenderaan tersebut memerlukan lesen maka mengajar mereka mematuhi undang-undang adalah lebih utama.
- Seronok untuk melihat anak-anak pandai dan hebat tetapi menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu ayah untuk menyalurkan kepandaian dan kehebatan tersebut kepada tempat yang sepatutnya.
Apa pandangan adik kakak sekalian?
Dapatkan e-book '24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik' #ibuayah24jam
Tulisan di atas dari Tips Parenting oleh Dr Mohd Izhar Ariff.
Beliau baru sahaja lancarkan naskhah digital panduan parenting berpandukan Kitab Tarbiyatul Awlad.
Klik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan