Isnin, 8 Mac 2021

MENGAJAR ANAK UNTUK MEMILIH

Anak-anak yang menghampiri usia remaja mula pandai memilih. Acap kali apa yang kita beri dan pilih bukan lagi apa yang anak-anak suka. Mereka mula mempunyai dan membina identiti sendiri.
 
Pada peringkat ini kita berperanan untuk mendidik mereka tentang kaedah memilih. Di sini saya ingin berkongsi 8 tips memilih yang perlu diajarkan kepada anak-anak:

  1. Memilih yang halal dan menjauhkan yang haram. Halal itu bukan alternatif sebaliknya yang mesti dipilih.
  2. Sekiranya terdapat banyak pilihan yang halal maka pilihlah yang paling mudah.
  3. Pilihlah yang paling bermanfaat.
  4. Pilihlah yang tiada atau kurang mudarat.
  5. Pilihlah yang risikonya rendah atau risiko terkawal.
  6. Mengajar anak-anak tentang solat istikharah dan kaedah-kaedah yang benar.
  7. Mengajar anak-anak tentang bagaimana seharusnya kita beramal dengan istikharah.
  8. Paling penting istikharah dengan keterbukaan bukan semata-mata rigid dengan apa yang kita nak.

Sudah semestinya ia bukan senang namun ia boleh diusahakan.

Jom berusaha.

Dapatkan e-book '24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik' #ibuayah24jam

Tulisan di atas dari Tips Parenting oleh Dr Mohd Izhar Ariff.

Beliau baru sahaja lancarkan naskhah digital panduan parenting berpandukan Kitab Tarbiyatul Awlad.

Klik:





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan