Selasa, 16 Mac 2021

LELAKI INI MAMPU BANGKIT SETELAH BANKRAP

Ini adalah komen dari Tuan Muhaymin Wahab owner dan founder Lemari Buku tentang Buku Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya yang dibacanya.
===============================================================================

Tentang Buku Bil. 23/2020

Bagaimana Bangkrap Menjadikan Aku Kaya

Penulis: Hafiz Mansor

Buku ini ada 'semangat'. Kisah jatuh bangun seorang pejuang. Cerita tentang 'jatuh' ni mungkin biasa kita kedengaran. Semua orang ada kisah tentang 'jatuh' ni. Namun tak semua orang ada kisah tentang 'bangkit'.
Sebuah buku yang berikan aku inspirasi. Sebab kejatuhan penulis ni berkali-kali namun tak pernah tunduk. Di luar sana ramai yang bangkrap hingga jatuh tersemban. Namun tak semua mampu bangkit seperti penulis. Aku pun belum tentu dapat bangkit jika berhadapan dengan ujian ini.

Kalau ikutkan bermacam-macam perniagaan yang penulis buat. Namun lingkup kerana penipuan, rakan yang tidak jujur dan salah strategi. Selain kekangan duit untuk dijadikan modal, ini antara lain yang boleh beri kesan jatuh bangun dalam perniagaan.

Pengalaman-pengalaman pahit yang dilalui rupanya adalah satu 'pelajaran' sebenarnya. Dari situ penulis merangka strategi hingga berjaya dengan produk Coolhijab.
Tabik buat penulis. Ada beberapa sikap positif yang ada pada penulis:

  1. Cita-Cita
  2. Passion
  3. Hati keras
  4. Tidak putus asa
  5. Kreatif

Tahniah kepada penulis. Sebuah buku yang mahal dengan pengalaman.


Buku ni buat sementara waktu publisher memang dah tak keluarkan.
Jadi jika anda nak buku ni dimana isi kandungannya sama, penulis ada keluarkan dalam bentuk ebook.

Anda boleh beli, download dan baca dari hp. Nak print sendiri pun boleh.

Dapatkan di:





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan