Pelaburan saham termasuk dalam kategori pelaburan dengan risiko yang tinggi. Menerusi pelaburan saham, anda berpotensi untuk mendapatkan pulangan yang sangat tinggi dalam masa sehari tetapi perlu juga bersedia untuk berdepan dengan risiko kerugian yang tinggi. Maka, sebagai seorang bakal pelabur, anda perlu sediakan payung sebelum hujan.
Perkara pertama yang anda perlu ada adalah daftar akaun CDS. Apa maksudnya akaun CDS ni? CDS ataupun Central Depository System ini adalah sistem simpanan pelaburan yang dimiliki dan dikendalikan oleh Bursa Malaysia. Sistem inilah yang akan digunakan untuk melakukan semua transaksi secara elektronik seperti jual beli saham, warrant, bon, dividen dan sebagainya. Kos membuka akaun CDS ni serendah RM10.
Perkara kedua pula adalah memastikan modal anda merupakan wang yang memang anda boleh gunakan untuk melabur. Bukan wang pinjam, bukan wang hutang. Dan seterusnya depositkan wang tersebut ke akaun CDS.
Berapakah jumlah modal yang diperlukan? Ini terpulang kepada saham apa yang anda nak beli. Ada saham yang berharga RM0.01, dan minimum pembelian saham berjumlah 1 lot yang bersamaan dengan 100 unit. Maka modal anda adalah RM1.00. Namun anda perlu tahu juga caj caj lain seperti brokers fee yang perlu dibayar. Yang paling penting, setiap pembelian perlu dibuat berdasarkan pengetahuan dan analisa anda. Bukan ikut cakap orang lain.
Sebelum membeli saham, mulakan dulu dengan mengumpul sebanyak mungkin maklumat dan analisa tentang syarikat tersebut. Di dalam ebook Trade What You See : Prequel ini, anda akan dilengkapkan dengan pengetahuan asas seperti ini dengan lenggok dan gaya bahasa mudah. Anda akan memahami terma-terma tentang saham, memahami sentimen dan rutin harian sebagai seorang pelabur yang berjaya.
Ayuh, mula melabur dengan ilmu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan