Rabu, 31 Mac 2021

PANDUAN PENILAIAN DANA UNIT TRUST

Setiap jenis pelaburan ada kos dan risiko tersendiri termasuk juga pelaburan unit trust. Bila melabur unit trust secara tak langsung melabur juga ke bursa saham. Cuma bila melabur unit trust ni hanya beli unit sahaja, tiada pegangan dalam saham. Hanya perlu pilih dana yang tersedia ada, tak perlu nak pilih kaunter mana nak melabur.

Antara cara nak buat penilaian terhadap dana-dana unit trust adalah melalui laman sesawang berikut:

  • Bloomberg
  • i-Akaun
  • Lipper Leaders
  • Morningstar

Bloomberg

Melalui laman sesawang Bloomberg, pengguna atau pelabur dapat menilai prestasi dana untuk tempoh YTD, 3 bulan, 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun.

Pengguna atau pelabur juga boleh mendapatkan maklumat dana melalui laman sesawang Bloomberg ni seperti jenis dana, nilai aset bersih seunit, status dana patuh syariah atau konvensional, saiz dana, pengagihan pendapatan, kos yuran dan objektif dana.

Bloomberg boleh dilayari melalui https://www.bloomberg.com/asia

i-Akaun

Melalui laman sesawang i-Akaun, pengguna atau pelabur dapat memilih untuk menilai prestasi dana secara kumulatif, tahunan atau mengikut tahun kalendar.

Jika memilih prestasi kumulatif, pengguna atau pelabur boleh menilai prestasi dana untuk tempoh YTD, 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun dan volatiliti dana.

Jika memilih prestasi tahunan, pengguna atau pelabur boleh menilai prestasi dana untuk tempoh 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun, volatiliti dana dan kadar pulangan konsitensi dana.

Jika memilih prestasi tahun kalendar, pengguna atau pelabur boleh menilai prestasi pulangan tahunan dana untuk tempoh 5 tahun.

Pengguna atau pelabur juga boleh mendapatkan maklumat dana melalui laman sesawang i-Akaun ni seperti nilai aset bersih seunit, status dana patuh syariah atau konvensional, saiz dana, sejarah pengagihan pendapatan, pelaburan awal minimum, pelaburan minimum seterusnya dan dokumen dana.  

i-Akaun boleh dilayari melalui https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Lipper Leaders

Melalui laman sesawang Lipper Leaders, pengguna atau pelabur dapat menilai prestasi dana dari segi ratings jumlah pulangan (total return), pulangan yang konsisten (consistent return) dan pemeliharaan (preservation). Ratings ni sebagai panduan kepada pengguna atau pelabur memilih dana yang sesuai dengan risiko profil. Ratings yang diberikan adalah dari 1 paling rendah hingga 5 paling tinggi. 

Total return adalah jumlah pulangan pelaburan dana dari awal dipasarkan hingga tarikh terkini. Ratings 5 paling tinggi menunjukkan dana memberikan pulangan lebih tinggi berbanding ratings yang lebih rendah.

Consistent return adalah pulangan secara konsisten dana dari awal dipasarkan hingga tarikh terkini. Ratings 5 paling tinggi menunjukkan dana memberikan pulangan secara konsisten setiap tahun berbanding ratings yang lebih rendah.

Preservation adalah penilaian terhadap dana yang mampu memberikan pulangan yang baik ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu. Ratings 5 paling tinggi menunjukkan dana mampu memberikan pulangan yang baik ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu berbanding ratings yang lebih rendah.

Lipper Leaders boleh dilayari melalui http://www.lipperleaders.com

Morningstar

Melalui laman sesawang Morningstar, pengguna atau pelabur dapat memilih untuk menilai prestasi dana secara akhir hari, akhir bulan atau akhir suku.

Jika memilih akhir hari, pengguna atau pelabur boleh menilai prestasi pulangan dana untuk tempoh 1 hari, 1 minggu, 1 bulan, 3 bulan, YTD, 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun dan sejak awal.

Jika memilih akhir bulan, pengguna atau pelabur boleh menilai prestasi pulangan dana untuk tempoh 1 bulan, 3 bulan, YTD, 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun dan sejak awal.

Jika memilih prestasi akhir suku, pengguna atau pelabur boleh menilai prestasi pulangan dana untuk tempoh 1 bulan, 3 bulan, YTD, 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun dan sejak awal.

Pengguna atau pelabur juga boleh mendapatkan maklumat dana melalui laman sesawang Morningstar ni seperti harga tutup terakhir, jenis dana, penilaian penganalisis Morningstar, penilaian Morningstar, kos yuran, portfolio dan risiko.

Morningstar boleh dilayari melalui https://my.morningstar.com/my/

Pelaburan yang terbaik mempunyai ciri berikut:

  • Peningkatan Nilai Modal (Capital Appreciation)
  • Pengagihan Pendapatan (Income Distribution)

Peningkatan Nilai Modal

Pulangan dalam bentuk peningkatan modal seperti kenaikan nilai saham atau unit trust, kenaikan harga emas dan kenaikan harga rumah.

Pengagihan Pendapatan

Pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan seperti dividen saham atau unit trust dan sewa rumah.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:




Selasa, 30 Mac 2021

SIAPA ADA MASALAH BILA NAK BUAT HEADLINE KAT FACEBOOK NI?

Headline ni macam tajuk utama bila kita tulis kat facebook atau instagram.

Tujuan dia nak tarik perhatian pembaca untuk baca apa yang kita nak sampaikan.

Headline ni pendek je tapi nak memikirkan tu yang boleh pecah kepala!


Baru-baru ni try buat headline guna template dari Ebook 105 Template Headline Padu.

Lepas try, terus tersenyum. Hahaha adoiii, macam mana la mamat yang buat ni boleh dapat idea untuk headline padu macam ni!

Serius weh. Mudah giler nak buat. 1 template saja pun boleh dapat banyak idea untuk hasilkan headline.

Baik korang dapatkan Ebook ni sekarang. Berbaloi dan puas hati. Sangat rekemen ebook ni. Klik kat sini:




Isnin, 29 Mac 2021

7 TIPS ANAK-ANAK BELAJAR DARI RUMAH

Selamat pagi semua, insya Allah #ibuayah24jam nak berkongsi beberapa tips pembelajaran anak-anak dari rumah:

  1. Mulakan dengan mewajibkan anak-anak bangun seawal mungkin untuk bersolat subuh, paling baik sekiranya ditunaikan secara jemaah.
  2. Pastikan anak-anak mandi pagi sebagaimana persediaan untuk ke sekolah juga.
  3. Bersiap sedia sebagaimana nak ke sekolah juga dan memastikan jadual dipatuhi.
  4. Ambil peluang berada di rumah untuk anak-anak menjadi muazzin/imam setiap kali masuk waktu agar solat dapat dilaksanakan tepat waktu dan secara jemaah.
  5. Elakkan daripada di ‘switch on’ televisyen sewaktu jadual persekolahan bagi mengelakkan melekat di TV waktu belajar.
  6. Pastikan penggunaan gajet untuk belajar dan di ruangan belajar serta tidak tersalah ke arah ‘game’ atau lain-lain yang tidak berkait dengan belajar.
  7. Pastikan anak-anak mengambil masa rehat di antara masa-masa mengadap gajet/komputer. Kalau boleh biar mereka memandang jauh/pokok-pokok hijau bagi setiap 20-30 minit.

Ingat masa pembelajaran di rumah tetap sama dengan masa pembelajaran di sekolah. Dan ingat juga pembelajaran perlukan fokus.

Jom berusaha.

Dapatkan e-book '24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik' #ibuayah24jam

Tulisan di atas dari Tips Parenting oleh Dr Mohd Izhar Ariff.

Beliau baru sahaja lancarkan naskhah digital panduan parenting berpandukan Kitab Tarbiyatul Awlad.

Klik:



 

Ahad, 28 Mac 2021

ULTIMATE MORTAL KOMBAT 3

Ultimate Mortal Kombat 3 adalah permainan pertempuran dalam siri Mortal Kombat, yang dikembangkan dan dikeluarkan oleh Midway ke arcade pada tahun 1995. 


Ultimate Mortal Kombat 3 versi arked mempunyai semua watak yang boleh dimainkan dari Mortal Kombat 3 iaitu Cyrax, Liu Kang, Kabal, Kano, Kung Lao, Stryker, Jax Briggs, Nightwolf, Sektor, Shang Tsung, Sheeva, Sindel, Smoke, Sonya Blade dan Sub-Zero. Bos dan sub-bos dari Mortal Kombat 3, Motaro dan Shao Kahn juga kembali. Terdapat empat watak tambahan yang dapat dimainkan sejak awal, beberapa watak ninja dari  dua permainan pertama yang tidak hadir dari Mortal Kombat 3 kembali dalam Ultimate Mortal Kombat 3, termasuk Kitana, Jade, Reptile dan Scorpion pada versi prototaip. Akhirnya, Smoke bentuk manusia dapat dibuka melalui kod yang dimasukkan tepat sebelum pertandingan. Ultimate Kombat Code baru ditambahkan dalam semakan 1.0 untuk membolehkan Mileena, Ermac dan Classic Sub-Zero  sebagai watak rahsia. Terdapat juga dua eksklusif lawan baru dan konsol tersembunyi iaitu Noob Saibot dan Rain.


Nak main? Klik 👇

SNES


Nintendo DS


Sega Genesis


Sumber: RetroGames
 

Sabtu, 27 Mac 2021

SENAMAN BELAKANG RUMAH

Sebelum ni dah pernah kongsi teknik workout atau senaman menggunakan dumbbell, barbell, kettlebell, resistance band, sandbag, suspension trainer dan weight plate. Kali ni sekadar nak berkongsi teknik workout atau senaman oleh Brandon White dan Hudson di belakang rumah.

Pelbagai teknik workout boleh buat, antaranya arm workout, shoulder workout, trap workout, chest workout, back workout, leg workout dan calf workout. Jom check it out! 💪 #StaySafe #StayHealthy #StrongerTogether

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Bahagian 4


Bahagian 5


Bahagian 6


Bahagian 7


Bahagian 8


Bahagian 9


Bahagian 10


Bahagian 11


Bahagian 12


Bahagian 13


Bahagian 14


Bahagian 15


Bahagian 16


Bahagian 17


Bahagian 18


Bahagian 19


Bahagian 20


Sumber: Buff Dudes Workouts

Jumaat, 26 Mac 2021

TAK RUGI HORMAT ORANG

Sekadar berkongsi ceramah daripada Ustaz Shamsuri Haji Ahmad. Semoga bermanfaat.


Sumber: Abu Khadijah

Khamis, 25 Mac 2021

PERSIAPAN SEBELUM MELABUR DALAM BURSA SAHAM

Pelaburan saham termasuk dalam kategori pelaburan dengan risiko yang tinggi. Menerusi pelaburan saham, anda berpotensi untuk mendapatkan pulangan yang sangat tinggi dalam masa sehari tetapi perlu juga bersedia untuk berdepan dengan risiko kerugian yang tinggi. Maka, sebagai seorang bakal pelabur, anda perlu sediakan payung sebelum hujan. 

Perkara pertama yang anda perlu ada adalah daftar akaun CDS. Apa maksudnya akaun CDS ni? CDS ataupun Central Depository System ini adalah sistem simpanan pelaburan yang dimiliki dan dikendalikan oleh Bursa Malaysia. Sistem inilah yang akan digunakan untuk melakukan semua transaksi secara elektronik seperti jual beli saham, warrant, bon, dividen dan sebagainya. Kos membuka akaun CDS ni serendah RM10.

Perkara kedua pula adalah memastikan modal anda merupakan wang yang memang anda boleh gunakan untuk melabur. Bukan wang pinjam, bukan wang hutang. Dan seterusnya depositkan wang tersebut ke akaun CDS. 

Berapakah jumlah modal yang diperlukan? Ini terpulang kepada saham apa yang anda nak beli. Ada saham yang berharga RM0.01, dan minimum pembelian saham berjumlah 1 lot yang bersamaan dengan 100  unit. Maka modal anda adalah RM1.00. Namun anda perlu tahu juga caj caj lain seperti brokers fee yang perlu dibayar. Yang paling penting, setiap pembelian perlu dibuat berdasarkan pengetahuan dan analisa anda. Bukan ikut cakap orang lain. 


Sebelum membeli saham, mulakan dulu dengan mengumpul sebanyak mungkin maklumat dan analisa tentang syarikat tersebut. Di dalam ebook Trade What You See : Prequel ini, anda akan dilengkapkan dengan pengetahuan asas seperti ini dengan lenggok dan gaya bahasa mudah. Anda akan memahami terma-terma tentang saham, memahami sentimen dan rutin harian sebagai seorang pelabur yang berjaya.

Ayuh, mula melabur dengan ilmu!




Rabu, 24 Mac 2021

PANDUAN PELABURAN UNIT TRUST

Apakah itu unit trust?


Unit trust ni adalah suatu bentuk pelaburan terkumpul di mana pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama melaburkan duit dalam satu dana yang diuruskan oleh syarikat pengurusan unit trust.

Setiap dana akan dilaburkan ke pelbagai portfolio dan aset lain yang akan diuruskan oleh pengurus dana profesional.


Kelebihan melabur unit trust

1. Kepelbagaian

Melabur dalam pelbagai saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Melabur dalam pelbagai sektor.

2. Cara mudah untuk membeli dan menjual

Mudah tunai.
Mudah dijual selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari.

3. Pengurusan profesional

Portfolio pelaburan akan diuruskan oleh sekumpulan pengurus dana profesional.

4. Modal pelaburan

Modal rendah.
Minimum pelaburan RM 1,000 cara sekaligus (lump sum).
Ada juga UTMC yang modal untuk melabur minimum RM 500 atau RM 100 sahaja.
UTMC adalah singkatan kepada Unit Trust Management Company


Kekurangan melabur unit trust

1. Risiko

Setiap pelaburan ada risiko termasuk unit trust.

2. Kehilangan kawalan

Pelabur tiada hak untuk menentukan bagaimana pelaburan mereka dilaburkan.
Portfolio pelaburan pelabur diuruskan oleh pengurus dana profesional.

3. Yuran dan bayaran

Ada caj yang dikenakan bila memilih untuk melabur dalam unit trust.

4. Kos melepas

Pelabur mungkin terlepas peluang melabur ke tempat lain.


Jenis-jenis dana unit trust

1. Dana Ekuiti

Sebahagian besar daripada pelaburan akan dilaburkan dalam saham tersenarai.
Prestasi dana bergantung kepada naik turun prestasi saham.
Ada pelbagai jenis dana bergantung kepada corak pelaburan dan sektor.
Sifat dana berisiko tinggi hingga sangat berisiko tinggi.
Purata pulangan tahunan antara 8% hingga 10% bergantung kepada jenis dana yang dipilih.
Berisiko juga mendapat pulangan negatif.

2. Dana Aset Campuran/Seimbang

Dana ni adalah gabungan antara dana ekuiti dan dana bon/sukuk/pendapatan tetap/pasaran wang.
Risiko lebih rendah berbanding melabur dalam dana kategori ekuiti.
Sifat dana berisiko sederhana hingga berisiko tinggi.
Purata pulangan tahunan antara 6% hingga 8% bergantung kepada jenis dana yang dipilih.
Berisiko juga mendapat pulangan negatif.

3. Dana Bon/Sukuk/Pendapatan Tetap

Dana ni dilaburkan dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia, bon korporat dan instrumen hutang.
Sifat dana berisiko rendah hingga berisiko sederhana.
Purata pulangan tahunan antara 4% hingga 6% bergantung kepada jenis dana yang dipilih.

4. Dana Pasaran Wang

Dana ni melabur dalam pelaburan yang berisiko rendah tapi mempunyai kecairan yang tinggi.
Sifat dana sangat berisiko rendah hingga beriko rendah.
Purata pulangan tahunan antara 2% hingga 3% bergantung kepada jenis dana yang dipilih.


Bagaimanakah cara nak melabur dalam unit trust?

Ada 3 cara nak melabur dalam unit trust.

1. Melabur cara sekaligus (lump sum)

Minimum pelaburan RM 1,000.
Ada juga UTMC yang modal untuk melabur minimum RM 500 atau RM 100 sahaja.
Setiap UTMC berbeza amaun minimum untuk melabur.

2. Melabur cara simpanan berkala (regular saving)

Melabur secara bulanan melalui potongan autodebit minimum RM 100.
Setiap UTMC berbeza amaun minimum untuk melabur.

3. Melabur melalui akaun 1 KWSP/EPF

Melabur setiap 3 bulan. Minimum pelaburan RM 1,000. Ada syarat-syarat tertentu.


Sekarang ni ada lebih 30 senarai syarikat pengurusan unit trust di Malaysia. Boleh layari laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Securities Commission Malaysia) di https://sc.com.my


Pelaburan yang terbaik mempunyai ciri berikut:

  • Peningkatan Nilai Modal (Capital Appreciation)
  • Pengagihan Pendapatan (Income Distribution)

Peningkatan Nilai Modal

Pulangan dalam bentuk peningkatan modal seperti kenaikan nilai saham atau unit trust, kenaikan harga emas dan kenaikan harga rumah.

Pengagihan Pendapatan

Pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan seperti dividen saham atau unit trust dan sewa rumah.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:




Selasa, 23 Mac 2021

KISAH SURI RUMAH BERJAYA SELESAIKAN HUTANG RM500,000

Bila buka FB je saya pasti akan terbaca pasal kes rumah tangga.

Ada yang dari kawan FB dan ada yang orang share dari page-page viral.

Kes curang lah, kes laki hisap dadah lah, kes bini kena pukul dan macam-macam.

Tapi paling banyak saya baca laki bini bergaduh pasal kes duit dan hutang!

Punca duit bila tak ada ke, tak cukup ke, memang boleh buat gaduh. Nak beli itu ini semua nak kena pakai duit.

Bila baca kes-kes macam ni, mula la saya teringat kisah pasal suri rumah yang berhutang sampai RM500,000!

Dah la berhutang banyak, duit pula makin kurang. Bila duit dah tak cukup masing-masing stress dan mula bergaduh.

Jangan main-main sebab benda ni kalau tak jaga, boleh bawa pada penceraian.

Kisah suri rumah tadi juga tak terkecuali tapi dia berjaya selamatkan rumah tangga dia. Bukan setakat Berjaya selamatkan malah Berjaya selesaikan semua hutang yang ada.

Macam mana dia Berjaya buat dan keluar dari masalah semua tu?


Korang wajib baca kisah perjalanan yang dia lalui dan Berjaya setelkan setiap masalah. Cara dan teknik dia langsaikan hutang juga dia dedahkan.

Memang saya syorkan sangat korang baca.

Boleh baca kisah Suri Rumah Bangkit ni kat sini:



 

Isnin, 22 Mac 2021

BOLEHKAH ANAK-ANAK DIAJAR MEMANDU/MENUNGGANG?

Kita kagum bila anak-anak dapat melakukan sesuatu perkara yang luar biasa, yang biasanya dilakukan oleh orang dewasa. Kita kagum kerana kepandaian, kecerdasan dan ketangkasan yang dimiliki mereka kelihatan berada di luar skop kemampuan mereka.

Maka, kita sering membenarkan bahkan melatih anak-anak melakukan sesuatu perkara luar biasa kerana kita yakin bahawa anak-anak mempunyai potensi besar untuk bertindak. Potensi yang boleh dikembangkan melalui latihan demi latihan.

Namun kita jangan lupa bahawa melatih anak-anak untuk mematuhi peraturan adalah salah satu kaedah pengajaran yang penting. Ia satu tugasan penting ibu ayah di samping kita memberi peluang kepada anak-anak untuk mencuba perkara di luar kebiasaan mereka.
 
Keutamaan perlu diberikan di dalam usaha untuk anak-anak mematuhi peraturan dan undang-undang kerana ia diperuntukkan bagi menjaga kemaslahatan dan keselamatan kita dan umat keseluruhannya.

Ingat kepada beberapa perkara berikut:

  • Janganlah disuruh anak-anak membeli rokok kerana ia tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Melatih anak-anak pandai memandu/menunggang kenderaan bermotor adalah kelihatan ‘cool’ namun sekiranya kenderaan tersebut memerlukan lesen maka mengajar mereka mematuhi undang-undang adalah lebih utama.
  • Seronok untuk melihat anak-anak pandai dan hebat tetapi menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu ayah untuk menyalurkan kepandaian dan kehebatan tersebut kepada tempat yang sepatutnya.

Apa pandangan adik kakak sekalian?

Dapatkan e-book '24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik' #ibuayah24jam

Tulisan di atas dari Tips Parenting oleh Dr Mohd Izhar Ariff.

Beliau baru sahaja lancarkan naskhah digital panduan parenting berpandukan Kitab Tarbiyatul Awlad.

Klik:



 

Ahad, 21 Mac 2021

TEKKEN 2

Tekken 2 adalah permainan pertempuran kedua dalam siri Tekken. Dilancarkan di arcade pada bulan Ogos 1995, dan kemudian untuk PlayStation pada tahun 1996. 


Tekken 2 mempunyai sepuluh watak yang boleh dimainkan iaitu Jack-2, Jun Kazama, Heihachi Mishima, King I, Lei Wulong, Marshall Law, Michelle Chang, Nina Williams, Paul Phoenix dan Yoshimitsu. Sementara versi PlayStation menampilkan 25 watak yang dapat dimainkan dalam senarai termasuk Alex, Angel, Anna Williams, Armor King I, Baek Doo San, Bruce Irvin, Devil Kazuya, Ganryu, Kazuya Mishima, Kuma I, Kunimitsu, Lee Chaolan, Prototype Jack, Roger dan Wang Jinrei.

Nak main? Klik 👇

SNES


PlayStation


Sumber: RetroGames

Sabtu, 20 Mac 2021

SENAMAN TERBAIK ANDA TAK BUAT

Sebelum ni dah pernah kongsi teknik workout atau senaman menggunakan dumbbell, barbell, kettlebell, resistance band, sandbag, suspension trainer dan weight plate. Kali ni sekadar nak berkongsi teknik workout atau senaman terbaik oleh Brandon White dan Hudson.

Pelbagai teknik workout boleh buat, antaranya bicep workout, tricep workout, shoulder workout, chest workout, back workout, ab workout dan leg workout. Jom check it out! 💪 #StaySafe #StayHealthy #StrongerTogether

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Bahagian 4


Bahagian 5


Bahagian 6


Bahagian 7


Bahagian 8


Bahagian 9


Sumber: Buff Dudes

Jumaat, 19 Mac 2021

JEJAK WARISAN SALAFUSSOLEH

Sekadar berkongsi ceramah daripada Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi, Ustaz Mohd Shaffi Yusof Ghani, Ustaz Mohammad Yaakob Yusra Yusoff dan Ustaz Ahmad Rizam Ghazali. Semoga bermanfaat.


Sumber: Abu Khadijah
 

Khamis, 18 Mac 2021

PROGRAM SMARTSAHAM RISING STAR (3 & 4 APRIL 2021)

"Bang... Saya ada duit ni, boleh ajar saya trade saham?"

"Tuan, kalau saya trade saham ni, nak buat untung macam mana?"

Sejak kebelakangan ini, jika perhatikan ramai yang sudah pandai bercerita tentang pelaburan saham.

Tetapi...

Tahukah anda, terdapat satu teori dalam pelaburan saham yang diperkenalkan oleh Anton Kreil hasil pemerhatiannya, iaitu:

"Dari 100 orang, 90% pelabur akan rugi 90% modalnya dalam 90 hari"

Takutkan?

Perkara sebegitu akan berlaku jika kita tak mempunyai ilmu saham hatta ilmu paling asas pun.

Untuk melabur saham, kita perlu ada asas kepada Saham seperti

  1. Sejarah pasaran saham
  2. Bagaimana saham itu beroperasi
  3. Memahami rahsia supply dan demand dalam saham
  4. Memahami tentang sektor dalam saham
  5. Apa itu Analisa Teknikal
  6. Apa itu Analisa Fundamental
  7. Memahami platform untuk pelaburan saham
Dan.... Banyak lagi. 


Oleh itu, bagi menyampaikan ilmu-ilmu ini kepada tuan dan puan, SmartSaham Academy mengadakan Program SmartSaham Rising Star pada

🗓️ 3 & 4 April 2021

⏲️ 8.30 malam hingga 11.59 malam

📺 Aplikasi Zoom

Yang terbaiknya juga, tuan dan puan bukan sahaja akan dapat menghadiri kelas tetapi akan menerima:

✅ E-book Sahambernilai RM 199

✅ Free Calculator Saham

✅ Free Lifetime Support Group

Menarik, kan?

Daftarkan diri anda untuk menghadiri Program SmartSaham Rising Star pada 3 & 4 April 2021 nanti!

Ayuh! Klik link di bawah:




Rabu, 17 Mac 2021

KOS DAN RISIKO DALAM SESUATU PELABURAN

Bila sebut sahaja pasal pelaburan tidak boleh lari daripada pekara berikut:

  • Kos
  • Risiko

Setiap instrumen pelaburan ada kos dan risiko tersendiri.

Unit Trust

Kos

Kos kemasukan setiap kali melabur. Caj jualan (sales charge) dan SST secara purata 6%.
Kos tahunan. Management fees dan trustee fees secara purata 1%.

Risiko

Risiko harga jatuh sehingga 30% bergantung kepada jenis dana yang dipilih.

Saham

Kos

RM 10 untuk buka akaun CDS.
Kos transaksi untuk jual beli saham. Brokerage fees, clearing fees dan SST secara purata antara 1% hingga 2%.

Risiko

Risiko harga jatuh sehingga 50% dalam masa sehari bergantung jenis kaunter yang dipilih.
Kaunter tidak tersenarai (unlisted).

Emas

Kos

Kos spread emas secara purata antara 5% hingga 30% bergantung kepada jenis emas dan syarikat.

Risiko

Risiko harga emas naik turun sehingga 10% setahun.
Emas hilang.
Emas palsu.

Hartanah

Kos

Kos deposit secara purata antara 5% hingga 10%.
Kos guaman, SNP dan lain-lain secara purata 5% hingga 10%.
Kos pengubahsuaian (renovation) secara purata 5% hingga 20% bergantung kepada keadaan rumah.

Risiko

Risiko projek perumahan terbengkalai jika pelaburan hartanah dalam pembinaan (under construction).
Risiko tiada penyewa jika pelaburan hartanah untuk disewa.
Risiko karenah penyewa.

Pelaburan yang terbaik mempunyai ciri berikut:

  • Peningkatan Nilai Modal (Capital Appreciation)
  • Pengagihan Pendapatan (Income Distribution)

Peningkatan Nilai Modal

Pulangan dalam bentuk peningkatan modal seperti kenaikan nilai saham atau unit trust, kenaikan harga emas dan kenaikan harga rumah.

Pengagihan Pendapatan

Pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan seperti dividen saham atau unit trust dan sewa rumah.

Nak tips untuk urus kewangan? Klik link ni:




Selasa, 16 Mac 2021

LELAKI INI MAMPU BANGKIT SETELAH BANKRAP

Ini adalah komen dari Tuan Muhaymin Wahab owner dan founder Lemari Buku tentang Buku Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya yang dibacanya.
===============================================================================

Tentang Buku Bil. 23/2020

Bagaimana Bangkrap Menjadikan Aku Kaya

Penulis: Hafiz Mansor

Buku ini ada 'semangat'. Kisah jatuh bangun seorang pejuang. Cerita tentang 'jatuh' ni mungkin biasa kita kedengaran. Semua orang ada kisah tentang 'jatuh' ni. Namun tak semua orang ada kisah tentang 'bangkit'.
Sebuah buku yang berikan aku inspirasi. Sebab kejatuhan penulis ni berkali-kali namun tak pernah tunduk. Di luar sana ramai yang bangkrap hingga jatuh tersemban. Namun tak semua mampu bangkit seperti penulis. Aku pun belum tentu dapat bangkit jika berhadapan dengan ujian ini.

Kalau ikutkan bermacam-macam perniagaan yang penulis buat. Namun lingkup kerana penipuan, rakan yang tidak jujur dan salah strategi. Selain kekangan duit untuk dijadikan modal, ini antara lain yang boleh beri kesan jatuh bangun dalam perniagaan.

Pengalaman-pengalaman pahit yang dilalui rupanya adalah satu 'pelajaran' sebenarnya. Dari situ penulis merangka strategi hingga berjaya dengan produk Coolhijab.
Tabik buat penulis. Ada beberapa sikap positif yang ada pada penulis:

  1. Cita-Cita
  2. Passion
  3. Hati keras
  4. Tidak putus asa
  5. Kreatif

Tahniah kepada penulis. Sebuah buku yang mahal dengan pengalaman.


Buku ni buat sementara waktu publisher memang dah tak keluarkan.
Jadi jika anda nak buku ni dimana isi kandungannya sama, penulis ada keluarkan dalam bentuk ebook.

Anda boleh beli, download dan baca dari hp. Nak print sendiri pun boleh.

Dapatkan di:




Isnin, 15 Mac 2021

APA ADA PADA NAMA?

Nama memainkan peranan yang penting kerana nama adalah yang akan dipanggil dan mewakili siapakah diri kita. Beberapa perkara perlu diingat berkenaan nama, di antaranya ialah:

  1. Anak-anak akan membawa nama tersebut sehingga ke hari tua mereka.
  2. Nama juga memainkan peranan penting dalam memberi motivasi kepada diri pemilik nama agar menjadi seindah namanya.
  3. Nama negatif memberi gambaran negatif kepada anak-anak.
  4. Nama adalah identiti seseorang yang akan merefleksikan siapakah kita.
  5. Nama akan hadir terlebih dahulu sebelum kehadiran diri kita dan dengan nama akan terlahirnya gambaran hebat, dan berkaliber.

Anak-anak diberi nama atas beberapa sebab:

  1. Diberi nama berdasarkan suasana contohnya bulan kelahiran, tempat kelahiran dan ada juga sempena peristiwa yang berlaku.
  2. Bersempena tokoh-tokoh yang dikagumi samada para Rasul, sahabat, ulama, selebriti, teman rapat dan banyak lagi.
  3. Nasihat mereka yang lebih arif.
  4. Gabungan nama yang indah dan maksud yang sempurna.
  5. Selera dan keinginan tersendiri.

Buku ‘24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik’ membincangkan perkara ini secara ‘details’ dalam bab 4 muka surat 15 hingga 20 berkenaan nama-nama yang baik. Tanggungjawab ibu ayah dalam mendidik anak-anak adalah bermula daripada memberikan nama-nama yang baik kepada anak mereka.

Pemilihan nama yang baik adalah merupakan salah satu tanggungjawab penting kepada ibu ayah dengan harapan suasana yang sukar dan susah pada masa ini tidak memberi efek dan kesan kepada mereka.

Rasulullah SAW pernah berkata kepada seorang sahabat yang menjadi utusan terakhir bagi pihak Muslimin untuk urusan perjanjian damai dengan kaum Quraish sebelum pembukaan Kota Makkah. Nama sahabat tersebut ialah Suhail Bin Amr (Suhail bermaksud mudah). Baginda berkata sambil tersenyum ‘Insya Allah, hari ni urusan kita akan dipermudahkan’. Sungguh bahawa nama yang indah dan baik adalah disukai di dalam Islam.

Minggu ni kita tengah sama-sama menelaah bab ini. Jom bersama!!!

Dapatkan e-book '24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik' #ibuayah24jam

Tulisan di atas dari Tips Parenting oleh Dr Mohd Izhar Ariff.

Beliau baru sahaja lancarkan naskhah digital panduan parenting berpandukan Kitab Tarbiyatul Awlad.

Klik: